PRU12 memberi petunjuk kpd kita bahawa orang2 Cina dan India telah mula hilang keyakinan terhadap orang2 Melayu UMNO. Orang UMNO dipercayai tidak lagi dapat membela dan menolong orang2 mereka. Hinggakan mereka (org Cina dan India) kempen “ Jangan undi calonUMNO, jangan undi calon MCA dan jangan undi calon MIC, tetapi undi calon2 lain walau pun calon PAS, tak apa”. Kerana bagi mereka, memberi kemenangan kpd MCA dan MIC bermakna memberi kekuatan kpd Melayu UMNO.
Mengapa hingga begitu sekali anggapan mereka ?
Majoriti pemimpin UMNO tidak memberi perhatian sepatutnya kpd kaum2 ini melalui parti komponan dalam melaksakan tanggung jawab.
Social kontrak terlalu dipolitikan hingga mereka merasakan mereka sudah tiada hak lagi. Mereka merasa takut dan ketakutan itu mereka menjadi berani dengan harapan kaum minority ini mendapat perhatian.
Pemimpin2 UMNO terlalu tekankan hak dan kepentingan org Melayu dan Bumiputera secara terang2.
Mereka sentiasa merasa terpinggir dalam semua aspek kenajuan dan pembangunan.
Pemimpin UMNO tidak lagi mengambil pusing apa masaalah/krisis dalaman parti komponan, bagi pemimpin UMNO terang2 mengatakan “ Kita tidak campur urusan dalaman parti2 komponan dan parti2 komponan handaklah selesaikan sendiri”. Pada anggapan mereka UMNO adalah sebagai abang long(yg tua) sepatutnya jadi org ketiga untuk selesaikan masaalah mereka.
BN tidak dirasai lagi sebagai parti campuran yang dianggotai oleh kaum2 Cina dan India. Mereka merasakan BN adalah untuk Melayu.
Wakil2 rakyat UMNO dalam BN selalu menyebut “ Jangan dilayankan sangat bangsa dia orang ini, kita jaga orang kita aje”.
PRU12, pengerusi BN baik negeri dan bahagian hanya tumpukan lebih kpd jentera UMNO, sedikit MCA dan sedikit MIC. Parti komponan lain seperti Gerakan, IPF,PPP langsung tidak diberi perhatian sewajarnya. Maka mereka kata “ Tak jaga kita taka pa. Ya la.. kita parti kecil. Tengok nanti”.
Pemimpin UMNO terlalu yakin bahawa mereka akan sokong BN walaupun diperlakukan demikian.
Banyak janji2 dibuat kpd pemimpin2 mereka diperingkat akar umbi tidak dilaksanakan/ tidak ditunaikan. Kalau ada pun pilih2 pemimpin ikut yg mana pemimpin UMNO suka nak tolong
Perkara2 diatas adalah dari keluhan mereka kpd saya, kerana saya suka menanya mereka. Dalam ertikata yg lain itulah jawapan2 diatas soalselidik saya yg dibuat secara tak resmi terhadap org2 Cin dan India.
Maka itu mereka mencari satu parti yg boleh membela dan menolong bangsa mereka. Nah…… ada pula parti yg memperjuangkan untuk semua bangsa, rakyat Malaysia adalah sama rata, sama rasa dan tidak ada ketuanan Melayu. Malaysia adalah hak rakyat “ KETUANAN RAKYAT”. Inilah parti yg cukup sesuai bagi mereka.
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment