Sunday, March 1, 2009

Keputusan Perhimpunan UMNO mac 2009

Mac 2009, adalah tahun keramat serta menjadi satu lagi catatan sejarah bagi ahli2 UMNO dan rakyat seluruh negara. Malah ia juga akan menjadi perhatian negara2 luar. PM sekarang akan berundur. Bakal PM kita telah pun ketahui, manakala bakal TPM kita ada 3 calon.

Dari ketiga2 calon ini siapa yang sesuai menduduki Timb Presiden UMNO ?

1. Ada sifat mesra rakyat.

2. Disenangi rakyat berbilang kaum.

3. Disenangi Presiden dan rakan2 MT.

4. Tahu diri yg dia adalah Timb saja.

5. Taat kpd Presiden.

6. Tidak melawan tauke dan tidak pernah melawan tauke sebelum ini.

7. Sihat atau nampak sihat dan cergas.

8. Tiada rekod kotor.

9. Isteri bukan jadi penasihat.

10. Perjuangan parti menguasai kerajaan.

11. PANDAI MEMIKAT HATI PERWAKILAN.

Ingatan kpd bakal Timb Presiden; Sesiapa yang menduduki jawatan ini TIDAK semestinya akan/bakal menduduki jawatan Presiden. Contoh; Tun Ghafar Baba.

4 comments:

burujerdi said...

Salam Ukhuwah Alang Sepang,

Sukar untuk mendapat kriteria calon seperti yang saudara galurkan. Masing-masing ada setimbunan rekod yang telah diarkibkan.

Pilih pemimpin yang merendah diri, mesra rakyat, bikin apa yang dicakap, berwawasan, agresif dalam membela agama dan bangsa serta yang jauh lebih penting, terpancar ketaqwaan di wajahnya.

Semoga saudara mampu membawa Melayu Sepang menerobos alaf tiga yang serba mungkin dan penuh cabaran. Saya amat menghormati daya hemah dan kepemimpinan saudara.

Teruskan berjuang.

PARPUKARI said...

SALAM ALANG SEPANG, YA SAYA HARAP SEMOGA YANG TERBAIK AKAN MENANG...

KITA PERLU NAIKKAN SEMULA MARTABAT UMNO DI MATA RAKYAT MALAYSIA...

SELAMAT BERJUANG BRO..

chot said...

menarik

tp mcm mana kes najib?

isteri jd penasihat?

personally kalau antara 3 org ni
(mcm dah xade org lain)

aku pilih muhyidin le...kalau antara 3 ni le.....

Alang Sepang said...

Aslkm,

Terime kasih kpd saudara2;

1. Setiap insan dan pemimpin tidak semua sempurna. Tetapi mereka ada juga banyak baiknya.Yg pasti budi bahasa tak dijual beli. Sekiranya pemimpin itu ada ciri2 yg boleh menghancurkan mereka, maka mereka akan hancur.

2.Cita rasa/pilihan memilih pemimpin bergantung kpd individu, kerana itu hak masing2. Yang pasti kita mesti kenal mereka, pernah berhadapan dgn mereka, pernah berbual/berbicara dgn mereka,pernah mengetahui visi dan missi mereka dan semua fakta2 itu adakah majoriti rakyat akan menyokong dlm situasi sekarang. Apakah mereka memenuhi cita rasa penyokong dan rakyat. Faktor ini harus diberi keutamaan dlm memilih pemimpin. Dari sini lah kerajaan yg mesra rakyat, berjiwa rakyat dapat dipertahankan.
Ramai pemimpin berpendidikan tinggi tetapi bukan pemimpin rakyat dan tidak tahu berpolitik/ membuat kerja2 politik. Ini lah yg membuat negara berada dlm yg kita lihat sekarang. Walau pun demikian jgn sampai DURHAKA kepada Raja.

3. Terima kasih diatas dorongan saudara2.....