Sejak PRU ke 11, rakyat mengharapkan suatu yg lebih baik dan bermakna kpd negara dengan memberikan sokongan yg besar kpd BN. Tetapi amat malang sekali, lama kelamaan hingga PRU 12 dan sampai kehari ini negara berada dalam keadaan memalukan UMNO/Kerajaan dan orang2 Melayu. Akibat UMNO dalam delima, Raja Melayu di hina, Agama Islam dihina dan org2 Melayu disumpah seranah, dimaki hamun berterusan . . . . . tanpa pembelaan kental dari perjuang2 Melayu.
Dunia sedang menonton dan mentertawakan orang Melayu dinegara ini. Perkara2 diatas berlaku kerana mereka berkata org UMNO salah memilih pemimpin no 1 UMNO. Tambah nya lagi " Why you appointed Pak Lah as your PM ? , he cannot rule the country". Saya pun diam je lah.
Negara berbilang bangsa seperti Malaysia konsep terlalu telus tidak boleh diguna pakai. Kerajaan mesti ada perkara2 yg tidak boleh diketahui umum. Ada tindakan2 tertentu yg diambil oleh kerajaan mesti menjadi rahsia kerajaan. Perkara pokok sekarang mengapa PM mengamalkan dasar keterbukaan dan memberikan laluan seluas2nya kepada semua pihak tanpa batas hinggakan banyak pihak sewenang2nya dgn rakus bertindak tanpa takut, tanpa segan hingga kumpulan minoriti menjadi terlalu berani serta biadap kpd bangsa majoriti dinegara ini. Lebih malang ladi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah pemimpin kita terlalu takut . . . terlalu hendak menjaga perasaan mereka hingga sanggup dibuat begini ? Pemimpin UMNO dlm delima.
Kemelut UMNO sekarang, proses merebut jawatan2 dlm pemilihan penghujung bulan ini. BPR diajak masuk dlm pemilihan ini. Ini hal parti , biar parti selesai. Buat apa libatkan BPR. Calon2 dan perwakilan sangat marah dgn sekatan dan peraturan yg dibuat. Hak "kebebasan "memilih calon dinafikan, hak calon "berkempen" secara terbuka dinafikan. Lepas itu apabila telah ada perwakilan ditangkap oleh BPR, heboh dlm akhbar hanya kerana sedikit wang, segala perjuangan perwakilan tersebut dinafikan apabila tertangkap. Oh.... sekarang kita tak guna BPR lagi. Mana2 calon dan perwakilan dlm kes BPR dan didapati tiada bukti maka kes tutup. Mengapa awal2 lagi jangan guna BPR. Kesihan melihat situasi ini dan akhirnya nama UMNO terjejas yang amat sangat dan ramai org Melayu benci kpd UMNO. Hinggakan ada pemimpin2 UMNO mendesak j/kuasa tatatertib supaya istiharkan yg bersalah atau didapati tidak bersalah diumumkan segera sebelum pemilihan UMNO ini. UMNO dalam delima.
Khabar angin meluas bahawa Pak Lah tidak letak jawatan PM lepas mac 2009. . . ini saya tidak dapat komen.......! Tetapi memang UMNO dalam delima. Sekiranya tidak berbuat sesuatu dlm tempoh terdekat jgn terperanjat BN akan ........... (maaf tidak tergamak saya nak sebut) pada PRU 13.
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Ukhuwah Alang,
Jika UMNO hendak kembali bertahta di hati orang Melayu, suatu perubahan besar-besaran, a complete and total overhauling, mesti dilakukan. UMNO perlu mengisi para petugas parti dengan ilmu yang bersandar kepada kekuatan Islam dan berakar kepada adat dan budaya Melayu.
Kebanyakan pemimpin memang sudah tidak relevan khusus dalam menangani permasalahan ahli-ahli parti dan rakyat. Kuasa dan kedudukan boleh melupakan para pemimpin tentang amanah dan tanggungjawab. Apatah lagi yang ilmu dan amal senipis kulit bawang. Masih ada pemimpin yang sombong, terlalu leka dunia dan tenggelam dalam kemaksiatan. Inilah punca sebenar keruntuhan dan kehancuran. Lihat dan kajilah sejarah tamadun manusia. Ia sudah memberikan jawapan, tapi sayang sedikit sekali yang mengambil pengajaran.
Semoga Alang tenang dalam mengurusi tugas harian khusus yang menyangkut soal kepartian.
UNTUK ITU MARI SERTAI TEAM BPN BAGI KEKALKAN KETUANAN MELAYU / RAJA DI MALAYSIA..
KITA AKAN BERJUANG DI ALAM SIBER BERSAMA SAMA.
TQ DATANG KE BLOG SAYA.
SALAM PERJUANGAN SAHABAT
Post a Comment